Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
KERTAS
KERJA
PROGRAM LAWATAN
SAMBIL BELAJAR
Waj 3131
TARIKH :
1 Oktober 2014
(JUMAAT)
MASA :
08.00 pagi
hingga 02.00 petang
TEMPAT : Kilang Makanan Yeos
1. PENGENALAN
Program Lawatan
Sambil Belajar ke Kilang Makanan Yeos melibatkan
semua pelajar yang terlibat dengan Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan dengan Kepujian ambilan Jan 2012. Pelaksanaan Program Lawatan Sambil Belajar ke adalah
berasaskan kepada kesedaran mahasiswa dan mahasisiwi terhadap manfaat dan
kelebihan mengaplikasikan aktiviti lawatan samil belajar dalam persatuan. Pelaksanaan
Program Lawatan Sambil Belajar ini lebih
menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam
konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya
intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Program ini diharap dapat menyediakan guru
menguruskan persatuan dan merancangkan satu lawatan semasa mengajar di alam sekolah
rendah.
2. RASIONAL
Program Lawatan Sambil Belajar ke dilaksanakan kerana ia adalah bagi memenuhi keperluan
sukatan pembelajaran WAJ 3131 bagi Kursus Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) semasa dalam semester 6 ini. Adalah
wajar aktiviti yang dijalankan ini dimanfaatkan
dengan berkesan.
3. TUJUAN
i.
Melahirkan bakal guru yang berkebolehan dalam mengurus
aktiviti persatuan
ii.
Menambahkan pengalaman guru pelatih dalam mengurus
lawatan sambil belajar ke kilang-kilang
4. OBJEKTIF
Melalui Program Lawatan
Sambil Belajar ke Kilang Yeos, pelajar-pelajar dapat :
- Memenuhi
syarat melaksana Program Lawatan Sambil
Belajar ke (WAJ 3131) PISMP semester 6.
- Melahirkan insan guru
yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual
dan sahsiah yang tinggi
- Meningkatkan keupayaan
memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi
sebenar.
- Menimba pengalaman
yang berguna untuk kebaikan pelajar
- Menunjukkan ciri-ciri
kepimpinan, berdaya tahan, nilai-nilai murni dan keterbukaan fikiran.
5. TARIKH
1 Oktober 2014 (Rabu)
6.
TEMPAT MELAWAT
Kilang Makanan
Yeos
7.
MASA
08.00 pagi – 02.00 petang
8. SASARAN
|
Pelatih PISMP
Pengajian Sains dan Melayu (Unit K2 dan K17)
|
: 40 Orang ( 10 lelaki, 30 perempuan)
|
|
Pensyarah
Pengiring
|
: 1 Orang
|
|
Jumlah
|
: 41 Orang
|
9.
ALAMAT SURAT– MENYURAT :
Encik Krishna Kumar Varatharaj,
Jabatan Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak ,
31150 Hulu Kinta, Perak.
Tel : 0125614146
Atau
Saudari Loh Yi Shu
Setiausaha Unit K17
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak ,
31150 Hulu Kinta, Perak.
Tel : 0164866433
10. PENGANGKUTAN
Bas Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak
11. JAWATANKUASA
PELAJAR
TENTATIF PROGRAM
|
Masa
|
Aktiviti
|
Tindakan
|
|
7.45 pagi
|
Berkumpul di Pondok Air Asrama
|
Guru Pelatih
|
|
8.00 pagi
|
Bertolak
|
Pemandu
|
|
8.30 pagi
|
Tiba di kilang makanan
|
Pensyarah pembimbing/Guru pelatih
PISMP
|
|
8.45 pagi
|
Melawat sekitar
|
Pensyarah pembimbing/Guru pelatih
PISMP/Kakitangan
|
|
1.00
ptg
|
Makan tengah hari
|
Pensyarah pembimbing/Guru pelatih
PISMP
|
|
2.00
ptg
|
Bertolak balik ke IPG kampus
Ipoh
|
Pensyarah pembimbing/Guru
pelatih PISMP
|
12.
PERBELANJAAN
PERKARA
|
KUANTITI
|
JUMLAH
|
Makan dan minum
|
RM 16 x 41 Orang
|
RM 346.00
|
|
|
JUMLAH
|
RM 346.00
|
13. SENARAI NAMA PELATIH
Rujuk Lampiran E
14.
PENUTUP
Diharapkan
pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang wajar dan sokongan kepada kami untuk
menjayakan Program Lawatan Sambil Belajar ini. Segala budi baik dan kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
No comments:
Post a Comment